https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=XdVqVpIarUY
Wajah suci itu tidak berdosa
Mengapa dia dibiar begitu saja
Sedih pilu menatap rupanya
Kaku terdampar di lembah hina
Apa dosanya si kecil itu
Belum sempat dia memanggil ibu
Sampai hati engkau dizalimi
Oleh mereka yang tiada simpati
Tubuh kecil itu mahu dihargai dihormati
Dimakamkan dia bukan dibuang sesuka hati
Dimanakah nilai ehsan insani
Apa dosanya si kecil itu
Kerana kasih tersasar tujuan hidup
Hingga lahir zuriat yang bukan pilihan
Buntu tiada jalan penyelesaian
Lalu si anak dibuang di jalanan
(Mengapa tiada simpati dan kasihan)
Sayu hati melihat nasib dirimu
Bagai tiada nilainya di sisi
Wajah sucimu telah dinodai
Namun lahirnya ada nilainya
Di sisi Allah engkau mulia
bagai kain putih kau tiada dosa
Bertaubatlah mereka yang hina
Baiklah menurut bait-bait lagu tersebut, terdapat banyak perkara yang melanggar hak asasi di mana anak luar nikah yang dibuang oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Antaranya :
Menurut Bahagian 2 Perlembagaan Malaysia
Artikel 3 Hak untuk hidup, kebebasan dan keselamatan diri terjamin
Lirik ini memperkatakan mengenai bayi yang telah di buang, mereka tidak langsung berpeluang untuk hidup sedangkan mereka juga mempunyai hak untuk hidup.
Artikel 5 Bebas daripada seksaan atau layanan atau hukuman yang zalim, tidak berperikemanusiaan atau menghinakan
Apabila bayi ini dibuang dengan kejam oleh ibu bapanya yang tidak bertanggungjawab, jelas menunjukkan bahawa mereka telah diseksa dan dilakukan dengan sewenang-wenangnya oleh mereka yang tidak berhati perut.
Berdasarkan Konvensyen Hak Kanak-kanak yang diterima pakai oleh Perhimpunan Agong Pertubuhan Bangsa-bangsa bersatu pada 20 November 1989 mengandungi 1 hingga 54 perkara.
Perkara 6 : Tiap-tiap negara Pihak mengiktiraf bahawa tiap-tiap kanak-kanak mempunyai hak sedia ada untuk hidup.
Di mana, kanak-kanak mempunyai hak sedia ada untuk hidup dan negara mempunyai obligasi untuk memastikan kewujudan dan perkembangan kanak-kanak itu.
Abu Hurairah meriwayatkan:
“Bahawasanya Rasulallah s.a.w mencium Husin Bin Ali r.a (cucu baginda), maka berkatalah Al-Aqra’ bin Habbas: ‘Sesungguhnya bagiku ada sepuluh orang anak tetapi aku tidak pernah mencium satu pun dari mereka.’ Maka bersabdalah baginda: ‘Barangsiapa tidak merahmati, dia tidak dirahmati.’
Hadis ini menceritakan bagaimana baginda Rasulallah menegur sikap seorang sahabat yang tidak pernah menzahirkan kasih saying terhadap anaknya. Baginda mengingatkan, barangsiapa tidak merahmati atau mengasihi, maka Allah tidak merahmatinya. Baginda menyarankan kepada umatnya supaya mengasihi zuriat masing-masing dan bergaul mesra dengan mereka agar ikatan kekeluargaan yang kukuh terbina.
Untuk mengelakkan perlanggaran hak asasi ini sebenarnya kita orang dewasa memainkan peranan penting. Jauhi zina untuk mengelakkan mengandung luar nikah, maka pembuangan bayi dapat dielakkan.